fbpx

JDT jinakkan PJ City FC 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang JDT, Bergson Gustavo melakukan sepakan kencang untuk gol pertamanya dalam perlawanan Liga Super menentang PJ City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mampamerkan taring mereka apabila menjadi PJ City FC sebagai mangsa belasahan setelah mencatatkan kemenangan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu terus unggul di persada liga dengan mengutip 20 mata menerusi lapan perlawanan, empat mata di hadapan Kedah Darul Aman FC.

PJ City hanya boleh menyalahkan diri sendiri apabila membenarkan pasukan tuan rumah meledak tiga gol pada babak pertama yang berpunca daripada kesilapan benteng pertahanan.

Gonzalo Cabrera mencatatkan gol terpantas Liga Super musim ini apabila memahat nama dalam senarai penjaring ketika perlawanan berusia 40 saat sebaik sepak mula.

Kesilapan K. Prabakaran membuang bola dari zon bahaya dipintas Leandro Velazquez lalu menghantar kepada S. Kunanlan yang membuat hantaran silang kepada Cabrera bagi menanduk masuk melepasi penjaga gawang, Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi untuk meletakkan JDT di hadapan.

Prabakaran sekali lagi membuat kesilapan apabila hantaran lemahnya kepada rakan pasukan dipintas Syamer Kutty Abba yang membuat hantaran kepada Bergson Da Silva sebelum mencipta jaringan menerusi rembatan lerek dari luar kotak pada minit ke-20.

Pasukan kendalian P. Maniam terus hilang punca setelah skuad Harimau Selatan yang beraksi garang membuat tekanan di bahagian depan.

Tekanan itu memaksa pasukan pelawat terus membuat kesilapan menerusi M. Youwarasan yang mẹmbuat hantaran ke belakang dipintas Cabrera sebelum melorong bola kepada Bergson untuk menjaringkan gol ketiga JDT pada minit ke-30.

Bersambung babak kedua, ketua jurulatih PJ City menukarkan formasi kepada 5-4-1 bagi memperkukuhkan benteng perlawanan dan mengelak terus dibolosi.

Setelah mendahului dengan kedudukan selesa, Benjamin Mora mengambil keputusan merehatkan pemain utama dengan membuat empat pertukaran dengan membawa masuk Hariss Harun, Afiq Fazail, Ramadhan Saifullah Usman dan Nazmi Faiz Mansor.

Sementara itu, PJ City yang menggunakan kesemua peluang pertukaran pada babak kedua tetap tidak berjaya untuk sekurang-kurangnya menjaringkan satu gol dan keputusan kekal ke wisel penamat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI