fbpx

KL Wildcats dominasi derbi Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Selangor, Yeoh Pek Xian (kanan) cuba menghalang serangan pemain KL Wildcats pada saingan NSL 2021 di Stadium Juara, Bukit Kiara malam tadi. – FOTO ZULFADHLI ZAKI

SEPERTI dijangka, Kuala Lumpur (KL) Wildcats tidak berdepan masalah menewaskan Selangor Angels 65-33 pada separuh akhir Netball Super League (NSL) yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara malam tadi.

Pada suku masa pertama, kedua-dua pasukan bermula agresif apabila berbalas sera­ngan, namun KL dilihat lebih berbahaya menerusi gandi­ngan goal shooter (GS), Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli dan goal attack (GA), Nordiya­nah Noorsabadinee.

Selangor pula meskipun diketuai pemain kebangsaan, An Najwa Azizan sebagai GS, namun dilihat banyak mensia-siakan peluang hingga membolehkan KL mendahului suku masa pertama 16-10.

Bersambung suku masa kedua, KL terus melakukan tekanan ke arah pertahanan Selangor, sekali gus menjarakkan diri dan selesa mendahului 30-19.

KL yang turun tanpa kelibat pemain bintang, Noramirah Dayana Noor Azhar langsung tidak menunjukkan penurunan prestasi apabila terus ghairah melakukan serangan demi serangan ke arah pertahanan Selangor.

Tamat suku masa ketiga, KL yang berada di bawah bimbi­ngan Norizan Rajab sudah mampu tersenyum dan selangkah ke perlawanan akhir apabila berada di depan 46-27.

Pada suku masa keempat, pemain-pemain Selangor masih belum berputus asa apabila masih cuba mengasak benteng pertahanan KL bagi me­­ngurangkan jurang mata.

Bagaimanapun, ia masih belum mampu untuk menghalang kemaraan KL, lebih-lebih lagi Norizan memasukkan Noramirah sebagai GS pada penghujung perlawanan, sekali gus melengkapkan kemenangan 65-33.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI