fbpx

Kem Atletico resah kecederaan Suarez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAREZ (kiri) terpaksa direhatkan untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan kerana belum pulih daripada kecederaan otot. – AFP

MADRID – Gergasi La Liga, Atletico Madrid menerima tamparan hebat selepas penyerang utama, Luis Suarez mengalami kecederaan otot serius sekali gus terpaksa dipinggirkan menentang Real Betis di Stadium Benito Villamarin awal pagi esok.

Kecederaan penyerang antarabangsa Uruguay itu sudah diketahui sejak awal minggu ini tetapi selepas melakukan beberapa imbasan oleh pegawai perubatan pasukan, apa yang dialaminya agak serius dan berpotensi dike­tepikan sehingga hujung musim ini.

Keputusan tersebut ternyata memberi khabar kurang gembira buat skuad kendalian Diego Simeone itu yang kini dalam usaha menjuarai trofi La Liga pertama sejak edisi 2014 sekali gus memecahkan dominasi Barcelona dan Real Madrid.

Berdasarkan kenyataan Atletico, tiada jangka masa khusus terhadap tempoh pemulihan ­Suarez tetapi kemungkinan besar dia akan direhatkan sekurang-kurangnya sebulan berdasarkan nasihat daripada pegawai perubatan pasukan.

“Suarez mengalami kecederaan di bahagian otot kiri ketika menjalani sesi latihan pada awal minggu ini.

“Ia bermakna dia akan direhatkan menentang Betis minggu ini dan mungkin untuk baki saingan bulan ini,” katanya.

Bagaimanapun, skuad ­Rojiblancos menerima berita gembira apabila dua pemain utama, Lucas Torreira dan Joao Felix dilaporkan sudah cergas sekali gus boleh diturunkan menentang Betis yang dikendalikan oleh ­Manuel Pellegrini.

Torreira sudah kembali ke Madrid selepas diberi pelepasan oleh pihak pengurusan untuk pulang ke Uruguay bagi memberi penghormatan untuk menghadiri pengebumian ibunya yang meninggal dunia akibat pandemik Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI