fbpx

Wany Hasrita tak ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wany Hasrita

KUALA LUMPUR – Biarpun seronok menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman di Bagan Datuk, Perak, penyanyi Wany Hasrita tidak lupa untuk kekal mematuhi  prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, berkata, dia perlu akur dengan semua norma baharu tersebut bagi mengelakkan penularan Covid-19 yang ketika ini masih mencatat peningkatan kes setiap hari.

“Saya memang teruja dapat balik kampung menyambut Aidiladha memandangkan tiada sambutan pada Aidilfitri lalu, tetapi dalam keseronokan beraya saya tetap patuh pada SOP seperti penjarakan sosial dan tidak bersentuhan dengan orang tua serta kanak-kanak.

“Apa pun, semuanya bergantung kepada kawalan kendiri dan tanggungjawab masing-masing untuk mengelakkan kita daripada menjadi punca kluster baharu,” katanya kepada Kosmo! Online di sini semalam.

Tambah pelantun lagu Terlalu Memuja itu, kepulangannya ke kampung halaman juga untuk melepaskan kerinduan dan bertemu sanak-saudara, tambahan pula sudah lama mereka tidak bertemu ekoran pandemik Covid-19.

“Saya tak pasti lagi berapa lama akan bercuti di sini. Malah jumlah tetamu yang diterima pun tak boleh lebih daripada 20 orang seperti yang disarankan kerajaan.

“Disebabkan jangkitan Covid-19 masih lagi aktif di luar sana, kami hanya menyambut hari raya kali ini secara sederhana tetapi tetap meriah,” ujarnya. 

Terdahulu, kerajaan memberi kelonggaran untuk meraikan hari raya Aidiladha namun orang ramai masih tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

Antaranya, bagi jamuan di rumah, tetamu dihadkan dan tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI