fbpx

UMNO tidak pernah ‘tutup mulut’ ahli untuk bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
sayap wanita dan Pergerakan Puteri sentiasa aktif dan memberi sokongan untuk membantu menjayakan program Bangkit 15 yang telah diadakan di lima buah negeri sebelum ini.

MELAKA – Semua ahli berhak menyuarakan pandangan berhubung hala tuju parti termasuklah menzahirkan desakan supaya Presiden berundur.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, UMNO tidak perlu ‘menutup mulut’ sesiapa yang mengutarakan pendapat.

Beliau berkata, ini kerana suara-suara yang mendesak pengunduran Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berundur juga bukanlah perkara baharu, kerana situasi sama juga pernah berlaku sebelum ini.

“UMNO merupakan parti yang mengamalkan demokrasi. Setiap ahli berhak untuk menyuarakan pandangan mereka. Jadi kita tidak boleh menegah ahli kita untuk bersuara.

“Jadi seperti biasa, ini bukan perkara baharu. Ahli bersuara ini daripada dulu. Apa pandangan mereka kita perlu dengar, mungkin ada yang betul dan ada yang tidak betul.

“Tapi kita tidak boleh menutup mulut sesiapa untuk mereka memberikan pandangan. Jadi kalau ada pandangan seperti itu, kita meraikan setiap pandangan yang dikeluarkan ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan desakan kelompok-kelompok tertentu yang meminta Ahmad Zahid berundur susulan tularnya rakaman audio yang didakwa perbualan telefon di antara Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab dan tidak layak untuk terus memegang jawatan tersebut sekiranya pendedahan audio antara dirinya dan Anwar didapati tulen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI