fbpx

Tiga lelaki cabut lari tinggalkan syabu RM2.19 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Hasan Assha’ari (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di sebuah pangkalan haram berhampiran Pos Sega, Rantau Panjang semalam. Gambar : YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Tiga lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan dadah jenis syabu seberat 61 kilogram bernilai RM2.19 juta selepas terkejut diserbu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sebuah pangkalan haram dekat Pos Sega, Rantau Panjang semalam.

Dalam serbuan pada pukul 8.45 malam itu, pihak ATM turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Panglima Briged Kelapan Infantri, Brigedier Jeneral Abu Hasan Assha’ari Kamis berkata, rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota ATM dari Kumpulan Serang dan Tangkap (Serkap) yang melaksanakan rondaan di sempadan negara berhampiran Sungai Golok.

Menurutnya, semasa melakukan tugasan, anggota Serkap ATM telah melihat tiga lelaki bersama sebuah MPV berhampiran pangkalan haram itu.

“Anggota ATM melihat satu guni dimasukkan ke dalam MPV ketika menghampiri lokasi berkenaan.

“Menyedari kehadiran anggota ATM, ketiga-tiga suspek bertindak melarikan diri ke arah negara jiran menggunakan bot,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Abu Hasan Assha’ari memberitahu, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu membawa kepada penemuan guni yang mengandungi bungkusan teh mengandungi dadah jenis syabu.

Katanya, setiap pek bungkusan teh bertulisan mengandungi dadah jenis syabu seberat satu kilogram.

“Siasatan awal mendapati, kesemua dadah terbabit dipercayai diseludup masuk dari negara jiran menggunakan pangkalan haram itu.

“Semua barangan rampasan itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI