fbpx

Rentas negeri? Kami duduk negeri PKPP – Ikmal Amry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR percutian Ikmal dan isterinya Najla di Langkawi, baru-baru ini.

RAMAI sungguh selebriti membuatkan netizen tidak berpuas hati kononnya sebab seronok bercuti dan rentas negeri.

Salah satunya ialah pelakon Ikmal Amry yang baru-baru ini menimbulkan persoalan ramai apabila dilihat asyik berkongsi gambarnya menikmati keindahan dan keseronokan di Langkawi, Kedah.

Selepas kecoh, pelakon itu kemudian memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar percutiannya bersama isteri, Najla Shamsul yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Ikmal berkata, dia tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti yang didakwa netizen. Sebaliknya dia ke Langkawi menggunakan khidmat agensi pelancongan berdaftar seperti yang ditetapkan kerajaan.

Tambah Ikmal, dia menetap di Negeri Sembilan yang kini bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Kedah yang juga diklasifikasikan negeri PKPP.

Diva rasa waktu-waktu sekarang ini, eloklah mana-mana artis yang hendak bercuti janganlah muat naik apa-apa yang boleh membuatkan netizen bersuara. Nanti diri sendiri juga yang pening nak menjelaskan keadaan sebenar.

DIVA: Penyanyi Ernie Zakri dan Syamel sampai sekarang tak nampak berbulan madu selepas berkahwin. Bercuti dalam rumah lagi privasi kan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI