PETALING JAYA – Pernikahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, 32, dengan pasangannya, Muhammad Edrin Nordin semalam ternyata mematahkan hati peminat-peminat lelakinya.
Rata-rata pengguna Facebook mengakui berasa kecewa dengan pernikahan Young Syefura atau nama popularnya Rara di ruang komen gambar majlis ADUN tersebut yang dimuatnaiknya tadi.
Menurut pengguna bernama Nazri Kocheng: “Satu persatu bungaku gugur. Tahniah YB. Selamat tinggal Ketariku.”
Sementara itu Yus Rie Loneranger pula berkata, dia membatalkan hasratnya untuk menukar alamat mengundi di Bentong.
“Cancel (batal) la, biar la di Temerloh janji hati tak tersakiti,” katanya.
Terdahulu, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai YB Rara sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Muhammad Edrin Nordin.
“Alhamdulillah, semuanya sempurna. Terima kasih kepada yang mendoakan kami berdua,” katanya ringkas.
Difahamkan, majlis pernikahan tersebut dilakukan secara serdehana di Wisma Selangor Dredging, Kuala Lumpur pagi tadi dengan kehadiran bersesuaian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Perkahwinan ini merupakan untuk kali yang kedua bagi Rara setelah bercerai dengan bekas suaminya pada 7 Mac 2019. -K! ONLINE