fbpx

1,510 kes baharu, semua negeri ada kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,510 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 359,117 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor kembali melaporkan angka kes tertinggi dengan 415 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 296 kes dan Kelantan sebanyak 171 kes.

“Seterusnya, Sabah (131 kes), Kuala Lumpur (106 kes), Pulau Pinang (101 kes), Johor (80 kes), Kedah (59 kes), Perak (46 kes), Terengganu (44 kes), Negeri Sembilan (28 kes), Pahang (13 kes) dan Putrajaya (10 kes).

“Negeri lain ialah Melaka (enam kes) serta Labuan dan Perlis (masing-masing dua kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI