fbpx

100 penggiat seni veteran terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Omar Sidek menyarahkan sumbangan kepada wakil Persatuan Artis Veteran Malaysia, Mac Ruhayu Mohd. Noor di Majlis Penyampaian Sumbangan TNB kepada Penggiat Seni baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Kelab Kilat Kuala Lumpur (KKKL) menyalurkan sumbangan kepada 100 orang penggiat seni veteran tanah air bagi meringankan beban terutamanya kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan, keuzuran serta hilang punca pendapatan.

Yang Dipertua KKKL, Datuk Omar Sidek berkata, sumbangan kepada artis-artis veteran itu diharap dapat meringankan beban mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan negara yang kini terkesan akibat penularan Covid-19.

“Sudah setahun pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia dan kita (TNB) amat memamahami banyak organisasi serta individu termasuk para penggiat seni yang hilang mata pencarian dan sumbangan ini juga sekaligus menzahirkan penghargaan kami kepada penggiat seni tanah air.

“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa dekat bersama masyarakat, TNB berharap sumbangan tersebut mampu memberikan sedikit sinar kepada penerima menjelang Ramadan tidak lama lagi”, katanya dalam satu majlis ringkas sumbangan itu yang dihadiri oleh beberapa penggiat seni termasuk Persatuan Artis Veteran Malaysia baru-baru ini.

Difahamkan, sumbangan yang julung kali dianjurkan oleh KKKL itu menyasarkan seramai 100 orang penggiat seni dengan kos keseluruhan sebanyak RM100,000 dan sehingga kini seramai 30 individu telah pun menerima sumbangan masing-masing.

Sementara itu, wakil Persatuan Artis Veteran Malaysia, Mac Ruhayu Mohd. Noor menyatakan kesyukuran serta mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan serta bantuan yang diberikan kepada golongan artis veteran.

“Saya mewakili artis 90-an mengucapkan ribuan terima kasih kepada TNB kerana bersungguh-sungguh memberikan bantuan dan sumbangan kepada kami para artis.

“Semoga segala perjalanan bisnes TNB dipermudahkan dan setiap warga kerja TNB dilindungi dan dirahmati-Nya,” katanya yang sebelum ini popular dengan lagu ‘Ditakdirkan Kita Bersama’.

KKKL merupakan badan kebajikan dan sosial terbesar di Asia Tenggara dengan bilangan 35,000 ahli yang memfokuskan kepada kegiatan yang bermanfaat seperti sukan dan aktiviti sosial yang dapat memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

Antara aktiviti lain KKKL adalah memberikan sumbangan kepada penduduk sekitar kejiranan kompleks Ibu Pejabat TNB yang terdiri dalam kalangan B40 dan pendayung-pendayung sampan di Pusat Santuari Kelip-kelip Kampung Kuantan, Bestari Jaya, Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI