fbpx

Polis sahkan kompaun penganjur degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengesahkan ada keluarkan surat sokongan kepada penganjur dengan syarat mereka mematuhi  SOP yang ditetapkan. 

SEPANG – Polis mengesahkan mengeluarkan kompaun RM20,000 selepas penganjuran Musc Drag Racing dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menganjurkan aktiviti tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman berkata, penganjur dikesan melakukan kesalahan aktiviti dengan kehadiran ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

“Sebelum itu, kita ada keluarkan surat sokongan kepada penganjur dengan syarat mereka mematuhi  SOP yang ditetapkan.

“Jika berlaku perlanggaran SOP,  tindakan kompaun akan diambil dan dalam kes ini, penganjur tersebut dikompaun seperti notis terbabit,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan, permit dibenarkan hingga pukul 12 tengah malam namun peserta enggan bersurai selepas acara itu selesai.

“Polis telah diminta datang untuk menyuraikan peserta terbabit dan sesudah itu barulah mereka memberikan kerjasama dengan bersurai.

“Penganjur terbabit dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan penganjuran Musc Drag Racing dikenakan kompaun RM20,000 selepas dikesan melanggar SOP ketika menganjurkan aktiviti tersebut di SIC, KLIA malam semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI