fbpx

Maqis rampas 20 tan tanah liat dari India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 20 tan serbuk tanah liat dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas kira-kira 20 tan serbuk tanah liat semasa pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, pemeriksaan pihaknya kira-kira pukul 4.30 petang mendapati sebuah kontena yang membawa produk berkenaan tidak mempunyai permit import yang sah.

“Justeru kita menahan sebanyak 800 beg (guni) 25 kilogram (kg) yang mengandungi serbuk tanah liat jenis Clay A1 yang diimport dari India bagi siasatan lanjut.

“Barangan itu dianggarkan seberat 20,000 kg dan bernilai kira-kira RM4,336.64,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kegagalan mengemukakan dokumen permit import yang sah adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI