fbpx

Kedah tewas di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain KDA FC, Kpah Sean Sherman diasak dua pemain TFC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini. Foto : SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tewas kepada Terengganu FC (TFC) 1-2 di hadapan penyokong sendiri di Stadium Darul Aman di sini malam ini.

KDA FC mengatur beberapa serangan bagi merebut gol awal, namun TFC bijak mengekang asakan pasukan tuan rumah.

Skuad hijau kuning berjaya memperoleh gol pertama dengan jaringan sendiri terhasil oleh pemain TFC, Mohd. Fauzi yang tertampan masuk bola hasil percubaan Rabih Ataya.

Pada hujung minit babak pertama, TFC dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Kedah, Ariff Farhan.

Penyerang Terengganu FC, David Da Silva mudah melakukan sepakan penalti itu untuk menewaskan Mohd. Shaahril.

Bersambung separuh masa kedua, TFC berjaya menjaringkan gol untuk mendahului perlawanan menerusi gerakan menarik Muhammad Azam Azim sebelum melakukan sepakan kencang merobek jaringan pada minit ke-60.

Kedah selepas itu mengatur serangan bertali arus bagi memburu gol penyamaan, namun gagal.

Dua pemain KDA FC, Mohd. Fadzrul Danel Mohd. Nizam dan Rooney Celvin dilayangkan kad merah kerana menolak pengadil dan mengasari pemain lawan pada penghujung perlawanan. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI