fbpx

Arsenal pilih laluan lebih berliku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Arsenal meluahkan reaksi kecewa kerana melepaskan gol penyamaan kepada Slavia pada minit-minit akhir perlawanan. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta bengang dengan ketumpulan penyudah jentera serangannya yang mensia-siakan banyak peluang untuk menewaskan Slavia Prague pada suku akhir pertama Liga ­Europa di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Sebaliknya, Arsenal memilih jalan yang lebih berisiko apabila membenarkan Slavia meledak gol penyamaan 1-1 pada minit ke-93, sekali gus memberikan kelebihan jari­ngan tempat lawan kepada wakil ­Republik Czech itu.

“Slavia bukan calang-calang pasukan kerana pernah menewaskan kelab-kelab besar sebelum ini. Mereka membuktikannya sekali lagi dengan menyukarkan kami untuk mencipta peluang hari ini (awal pagi semalam).

“Bagaimanapun, saya kecewa dengan kegagalan pemain-pemain memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki selepas menguasai sebahagian besar perlawanan ini.

“Keputusan akhir ini sangat menyakitkan memandangkan kami perlu beraksi di laman mereka untuk aksi timbal balik nanti,” kata Arteta.

Arsenal terpaksa menunggu sehingga minit ke-86 untuk membuka tirai jaringan menerusi Nicolas Pepe, namun ia tidak bertahan lama apabila Tomas Holes berjaya meledak jaringan penyamaan buat Slavia pada penghujung perlawanan.

Salah satu faktor Arsenal di­lihat gagal menewaskan Slavia adalah disebabkan tindakan berani Arteta meletakkan penyerang prolifik yang juga ke­tua pasukan itu, Pierre-­Emerick Aubameyang di bangku simpanan pada awal perlawanan tersebut.

Ia menyaksikan The ­Gunners kini berdepan misi wajin menang ke atas Slavia dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Sinobo pada 16 April ini jika berhasrat untuk menempah tiket ke peringkat separuh akhir musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI