fbpx

Pengantin ‘kantoi’ tipu, beritahu perkahwinan batal tapi muat naik gambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Karen masih mengeluh kerana keluarganya yang tidak dijemput tiada semasa hari bahagianya. -Shutterstock

LONDON – Seorang pengantin perempuan dikecam di laman sosial Reddit kerana menipu ahli keluarga bahawa majlis perkawinannya dibatalkan namun penipuan tersebut terbongkar selepas dia memuat naik foto perkahwinan itu setahun kemudian, lapor portal berita Mirror UK semalam.

Pendedahan mengenainya dibuat oleh seorang tetamu majlis perkahwinan tersebut yang enggan identitinya didedahkan. Dia berkata bahawa pengantin itu yang hanya digelar Karen telah meminta ahli keluarganya  untuk membayar wang sebanyak £10,000 (RM56,672) bagi majlis perkahwinannya.

Karen telah menelefon abangnya, Matt dua hari sebelum majlis perkahwinannya  dijadualkan berlangsung  untuk meminta wang bagi tujuan tersebut.

“Saya membayar wang pendahuluan untuk dewan kahwin, jurugambar, katering, bunga dan juga deejay.

“Namun, saya tidak tahu bahawa saya perlu membayar jumlah penuh pada majlis perkahwinan tersebut.  saya menyangka bayaran penuh boleh dibuat selepas majlis berlangsung ,” demikian kata Karen.

Dia kemudian cuba meminjam wang £10,000 daripada abangnya bagi membiayai perkahwinan tersebut.

Abang wanita itu bagaimanapun enggan memberi wang yang diminta.

Tidak lama selepas itu,  salah seorang pengiring pengantin perempuan menelefon Matt dan memaklumkan majlis perkahwinan Karen sudah pun dibatalkan.

Begitu pun, setahun kemudian, Karen memuat naik foto perkahwinannya di Facebook bersama kapsyen bertulis ‘Selamat ulang tahun yang pertama, saya tidak menyangka setahun sudah berlalu. Ini merupakan foto majlis perkahwinan kami’.

Ternyata, Karen telah berbohong kepada ahli keluarganya dan tidak menjemput mereka datang ke majlis perkahwinan itu yang diadakan secara senyap-senyap.

Karen berbuat begitu kerana berang dengan keluarganya yang tidak mahu memberikan wang untuk majlis tersebut.

Namun, 10 tahun kemudian, Karen mengeluh kerana keluarganya tiada semasa hari penting itu.

Kisah Karen mencetuskan kemarahan pengguna Reddit yang menyifatkan tindakannya  sangat tidak patut. Mereka  tidak menyangka dia tetap mengeluh kerana keluarganya tidak hadir ke majlis perkahwinan selepas drama yang dicipta sendiri. -Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI