fbpx

Serina nikah di Siam, Cef Wan kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cef selebriti tersohor Datuk Cef Wan ternyata tidak mengetahui bahawa anak keduanya, Serina telah mendirikan rumah tangga pada hari ini.

Lebih mengejutkan Serina didakwa menikah dengan jejaka pilihan hatinya di negara seberang (Siam, Thailand).

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, dalam Instagramnya, dia mengetahui berita tentang pernikahan anaknya dengan lelaki bernama Aidid itu selepas diberitahu kakaknya.

“Kakak saya memberi gambar ini (foto pernikahan Serina). Katanya “anak kau dah kahwin tahu tak? Dia umumkan lagi dalam IG (Instagram).

“Saya sangat terperanjat. Dua minggu lepas dia (Serina) beritahu nak nikah juga sebelum puasa.

“Kata Rina dia dah menikah pun di Siam! Jantung saya Seperti dipanah petir ketika itu. Terus dia kata nak menikah di rumah saya untuk urusan nikah semula. Terus saya tak jawab apa yang dia kata,” tulis Cef Wan.

Ujarnya lagi, dia sebenarnya tidak terkejut dengan tindakan Serina selepas diberikan nasihat.

“Tapi sebagai bapa, apa yang mereka berdua telah lakukan sangat mengecewakan. Saya tidak melarang pun dia nak menikah.

“Pi nikah di Siam dah lama baru bagitahu. Adakah anda rasa bagus budi bahasa anak sebegini? Dan sekarang ini pula?

“Rina, Rina suka hati kaulah. Masing-masing dah tua dan tahu tanggungjawab dengan apa yang kau lakukan terutamanya dibelakang saya,” katanya.

Dalam luahan itu juga, Cef Wan tetap menitipkan doa untuk kebahagiaan anaknya itu.

“Apa pun papa doakan kebahagiaan perkahwinan Kedua-duanya.

“Pada saat ini, saya yakin mana-mana ibu bapa pasti akan merasai perkara sama apa yang saya rasa.

“kita doakan yang terbaik dan aminkan pernikahan mereka sudahlah,” ujar Cef Wan.

Kosmo! Online hari ini melaporkan bahawa Serina, 38, selamat bergelar isteri kepada seorang lelaki dikenali sebagai Aidid selepas lebih tiga tahun menjanda.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Serina menerusi satu hantaran dalam Instagramnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI