fbpx

Skim Emas, hadiah istimewa untuk pendidik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Aminudin Adam (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat (dua dari kanan) dan Naib Presiden Kanan Takaful Ikhlas Berhad, Mohd Jafni Abd Jalil (dua dari kiri) selepas menandatangani memorandum persefahaman (MOU) pelancaran Skim Emas kerjasama antara YGMB dengan Takaful Ikhlas Berhad di Hotel Le Meridian di sini, hari ini. foto : FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyediakan hadiah istimewa berupa Skim Emas buat warga pendidik sempena Sambutan Hari Guru Ke-50 yang membolehkan mereka menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat.

Bagi menjayakannya, YGMB dengan kerjasama rakan strategik Takaful Ikhlas Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelancaran skim baharu tersebut yang akan diperkenalkan secara rasmi pada majlis Sambutan Hari Guru Ke-50 pada penghujung Mei depan di Melaka.

Pengerusi YGMB, Aminudin Adam berkata, Skim Emas yang ditawarkan itu sebagai hadiah atas sokongan jitu kepada warga pendidik terhadap aktiviti dan program anjuran yayasan tersebut.

Menurutnya, skim baharu itu juga bertepatan dengan pelancaran Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu 2021 yang dilancarkan baru-baru ini.

“Skim ini lain daripada yang lain kerana jangka hayat pelindungan sehingga individu tersebut berusia 80 tahun. Warga pendidik yang berusia sehingga 64 tahun boleh mendaftar di bawah skim ini. Jika sudah bersara pun masih boleh,” katanya pada Majlis MoU Pelancaran Skim Emas kerjasama antara YGMB dengan Takaful Ikhlas di sini hari ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat dan Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Komersial Takaful Ikhlas Berhad, Mohd. Jafni Abd Jalil. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI