fbpx

Ditipu lelaki menyamar rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang guru di Temerloh kerugian RM5,000 selepas diperdaya lelaki yang menyamar sebagai rakannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, guru lelaki berusia 22 tahun itu dihubungi suspek pada 7 April lalu.

“Semasa bercakap melalui telefon, suspek menyamar sebagai rakannya dan mengatakan beg duit serta telefon bimbitnya telah hilang.

“Kemudian dia mahu meminjam wang untuk membayar hutang,” kata Mohd. Wazir menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang tidak berasa sangsi itu melakukan pemindahan wang ke dalam nombor akaun yang diberikan suspek pada keesokan hari.

“Selepas membuat pemindahan tersebut, mangsa cuba menghubungi lelaki tersebut melalui nombor telefon yang sama tetapi tidak berjaya,” katanya.

Guru itu menyedari tertipu selepas berjaya menghubungi rakannya itu melalui nombor telefon sebenar dan dimaklumkan dia tidak pernah menelefon mangsa untuk meminjam wang.

Kes tersebut dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI