fbpx

Mayat lelaki tanpa baju dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an tanpa baju dan hanya berseluar pendek ditemukan dalam longkang berhampiran Surau Tanah Putih Lama Medan Warisan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mayat mangsa ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 1.30 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat lelaki terbabit tidak berbaju dan berseluar pendek berada di dalam longkang yang dalamnya lebih kurang dua meter dalam keadaan mengiring.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan namun maklumat diperolehi dari orang awam mengatakan si mati merupakan seorang pesakit mental dan sering kelihatan di kawasan berkenaan serta berasal dari Perkampungan Sungai Isap Dua, di sini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak polis mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba Jalan Bukit Ubi, di sini, untuk membawa mayat terbabit naik ke kenderaan.

Katanya, pemeriksaan fizikal telah dilakukan tidak menemukan adanya unsur-unsur perlakuan jenayah.

“Mayat lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk ujian saringan Covid-19 serta bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Waris si mati iaitu bapanya sudah berjaya dikesan dan sudah hadir untuk membuat pengecaman dan kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI