fbpx

Masih beku ambil buruh asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Hamzah Zainuddin

IPOH – Kerajaan masih tidak membenarkan pengambilan pekerja asing dari luar dilakukan bagi mengisi permintaan buruh terutamanya dalam sector perladangan kelapa sawit walaupun terdapat kekurangan sehingga 40,000 tenaga kerja bagi menampung keperluan industri tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, biarpun terdapat desakan daripada banyak syarikat-syarikat yang memerlukan buruh tetapi polisi membekukan pengambilan pekerja asing perlu dipatuhi.

Menurut beliau, ini selepas mengambil kira penularan wabak Covid-19 serta impaknya terhadap pasaran pekerjaan kerana melibatkan pergerakan besar (pekerja asing dari luar) serta pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

“Kalau kita benarkan, isunya ialah siapa yang akan menanggung kos seperti melakukan ujian saringan, kos memberi suntikan vaksin, kos semasa kuarantin dan bagaimana kemudahan tempat tinggal yang hendak disediakan kepada buruh-buruh tersebut.

“Jadi, sehingga kini kita tidak ada polisi lagi tentang perkara tersebut selain banyak perkara yang perlu disediakan walaupun kita tahu keperluan buruh mendesak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir pada Program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Bandar Baru Tambun di sini hari ini.

Sektor perlandangan kelapa sawit negara bergantung kepada tenaga kerja asing terutamanya pekerja berkemahiran rendah dan berkos rendah.

Menurut data industri, 75 peratus pekerja dalam sektor minyak sawit adalah tenaga kerja asing dan kekurangan buruh boleh memberi kesan kepada pengeluaran buah tandan segar sehingga sebanyak 25 peratus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI