fbpx

Yadim perlu RM50 juta setahun laksana aktiviti dakwah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (tengah) menyaksikan MoU yang ditandatangani antara Yadim dan Mobilityone Sdn. Bhd. di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memerlukan sekurang-kurangan RM50 juta setahun bagi melaksana dan memperkasakan program-program dakwah di negara ini.

Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, ketika ini pihaknya menerima sumbangan RM25 juta setahun bagi menjayakan aktiviti penyampaian dakwah di seluruh negara.

Katanya, Yadim menerima 14 juta setahun daripada kerajaan bagi kegunaan bayaran sewa lapan bangunan Yadim di negeri-negeri selain untuk diperuntukkan bagi bayaran gaji dan elaun kakitangan.

“Sumbangan ini juga disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan, mangsa-mangsa banjir, ribut dan sebagainya.

“Begitu juga bayaran elaun kepada daei yang kita tempatkan bertugas di Sabah dan Sarawak. Jadi untuk memastikan aktiviti dakwah bergerak aktif dan menyeluruh kita memerlukan sekurang-kurangnya RM50 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada  Majlis Menandatangi Perjanjian Usahasama (MoU) Program Penjanaan Dana Infaq antara Yadim dan Mobilityone Sdn. Bhd di sini hari ini.

Hadir menyaksikan MoU tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Nasrudin berkata, pelbagai usaha telah digerakkan Yadim bagi menjayakan usaha itu termasuklah kempen-kempen kepada masyarat umum.

“MoU yang dimeterai hari ini adalah salah satu usaha berterusan Yadim selain kempen sedekah RM1 seminggu yang dilancarkan sebelum ini.

“Yadim juga menyeru agar masyarakat turut sama-sama menjayakan usaha ini dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI