KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan meminta orang awam di negeri ini agar tidak mudah mempercayai berita tidak sahih berkaitan penggunaan terma panggilan Sabah dan Sarawak dikatakan disebut sebagai wilayah berkuat kuasa serta merta seperti tersebar di laman sosial.
Jeffrey berkata, pengumuman penting dan besar seumpama itu seharusnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri atau pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan.
“Kita belum mengetahui pihak mana yang menyebarkan berita berkenaan dalam media sosial atau punca maklumat mengenai perkara itu sehingga ia tersebar dengan meluas.
“Itu saya tidak tahu dari mana tetapi kalau bukan datang dari Jabatan Perdana Menteri atau pihak lain yang ada `locus standi. Jangan percaya berita ini. Kita tunggu saja perkembangan seterusnya,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi. – K! ONLINE