fbpx

Sami paling sepi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuil Rituo terletak di tepi Tasik Yamdrok di sebuah kawasan terpencil di pedalaman Tibet. – Xinhua News

BEIJING – Seorang sami yang mendiami Kuil Rituo dekat Tasik Yamdrok digelar sami paling sepi di dunia kerana tinggal bersendirian di kawasan pergunungan Tibet, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.

Sami bernama Ahwang Pincuo itu meluangkan masa dengan berta­fakur dan membaca mantera sepanjang hari. Yamdrok merupakan antara tiga tasik yang dianggap paling suci di Tibet.

Rutinnya di kuil itu adalah mengangkut air dari tasik ke kuil sebelum kembali bertafakur.

Kuil yang wujud sejak 700 tahun lalu itu dianggap sebagai salah satu permata tersembunyi di Tibet kerana hanya segelintir pelancong pernah ke sana.

Sebahagian pengunjung yang berkesempatan melawat kuil itu menceritakan tentang kedamai­an dan ketenangan selain dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan.

Nama kuil iaitu Rituo atau bermaksud ‘batu di atas gunung’ merujuk kepada sebutir batu di tempat itu yang dipercayai dapat menyembuhkan segala penyakit.

Pincuo adalah sami ter­akhir dalam kelompok sami yang menjadi penjaga asal Kuil Rituo sejak ratusan tahun lalu dan tempatnya akan diambil sami baharu apabila dia meninggal dunia kelak.

Menurut kepercayaan penduduk tempatan, sami penjaga Kuil Rituo memerlukan tahap kerohanian kerana perlu berada di situ sendirian selama berpuluh-puluh tahun tanpa gangguan mental. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI