fbpx

RichWorks bimbing MFK catat jualan lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAILA menunjukkan minuman Mango Float Krabi di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Bermula dengan hanya berniaga di tepi jalan bermodalkan RM42.50, Pengasas Mango Float Krabi (MFK), Suhaila Yacob sudah berjaya mencatat jualan lebih sejuta ringgit setahun.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, Suhaila merupakan salah seorang daripada lebih 300 ahli Titanium yang sedang mengikuti program bimbingan bersama Mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Menurut beliau, kumpulan usahawan ini dibimbing mengikut tahap dan situasi yang dihadapi agar dapat menyaksikan perkembangan lebih baik malah berlipat kali ganda pertumbuhan bisnes mereka.

“Usahawan jutawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tahap, yang mana ada antara mereka bermula dari rumah, sebagai ejen atau dropship serta berniaga secara sambilan dan lain-lain pun boleh berjaya.

“Sebenarnya, usahawan itu tidak perlu menjadi seorang yang genius, tidak kira usia tetapi yang penting adalah mereka memiliki kesungguhan untuk memulakan tindakan dengan betul,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, Radz menyeru orang ramai khususnya usahawan untuk menyertai program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga pada 23 hingga 25 April ini yang ditaja sepenuhnya tanpa sebarang pembayaran itu.

Tambah beliau, melalui program tersebut, peserta akan mengetahui cara yang betul untuk memulakan bisnes dari peringkat kosong dan membuat perniagaan secara sambilan dengan berjaya serta mengelak daripada melakukan kesilapan-kesilapan dalam bisnes.

“Apatah lagi beberapa hari lagi, kita semua akan berpuasa dan kemudian menyambut hari raya.Kalau ada ilmu, hari-hari pun boleh jadi hari raya.

“Tidak semestinya bermusim, asalkan ada ilmu dalam pemasaran pastinya akan ada pelanggan yang akan membeli, sebagai contoh, kita tidak perlu tunggu makan lemang setahun sekali,” ujarnya.

Sementara itu, Suhaila memberitahu, kejayaan yang dikecapinya kini adalah daripada ilmu dan bimbingan yang betul dan terbukti yang diperolehnya daripada RichWorks.

“Walaupun berasal dari keluarga miskin, apa yang boleh saya ubah adalah bermula daripada diri sendiri dan berani belajar untuk menjalankan bisnes.

“Dalam bisnes, kita perlu dibimbing untuk tahu berniaga dengan cara yang betul. Jualan saya meningkat kepada RM25,000 sebelum melonjak hingga RM200,000 dan kini sudah pun melebihi RM1 juta setahun dengan disokong oleh 1,200 ejen,” jelasnya.

Suhaila menjelaskan, berbanding sebelum ini, jualan yang diraih adalah hanya sekitar RM1,500 sebulan dan ini adalah kerana beliau lebih suka menunggu pelanggan.

“Seperti kata Mentor, perkara yang menghalang seseorang itu berjaya adalah sikap sendiri.

“Dahulu saya pemalas, banyak alasan dan malu berjumpa pelanggan, namun semua itu sudah mula diubah hingga dapat menjana hasil yang baik pada diri dan bisnes,” katanya.

Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, boleh layari www.BinaBisnesBerjaya.com.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI