fbpx

Bukan menjeling, tapi hidap katarak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Pentadbiran Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor, Nasir Ishak (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Masrina di Bandar Putra Kulai semalam. Turut kelihatan Erynazara (kanan), Hayyzeez (duduk, kiri) dan Emyrazara.

KULAI – Gara-gara sering menjeling, dua kanak-kanak yang tinggal di Bandar Putra di sini selalu dimarahi orang sekeliling kerana perbuatan mereka dianggap kurang sopan.

Bagaimanapun, dua kanak-kanak tersebut sebenarnya bukan sesuka hati menjeling, sebaliknya mereka mengalami katarak atau penyakit selaput mata yang sinonim berlaku dalam kalangan orang dewasa.

Menurut ibu mereka, Masrina Mahmud, 36, masalah itu menyebabkan mata anaknya, Erynazara Mohd. Faizal, 9, dan Muhammad Hayyzeez, 7, seolah-olah menjeling atau juling.

Katanya, mereka sering di­salah anggap masyarakat sekeli­ling yang tidak tahu perkara sebenar.

“Anak sulung dan anak ke­dua saya mula mengalami masalah ini sejak tiga tahun lalu ketika kami menetap di Kuala Lumpur.

“Doktor yang merawat mengatakan masalah itu berpunca daripada faktor genetik yang digelar sebagai katarak kongenital.

“Doktor menasihati agar mereka menjalani pembedahan me­nukar kanta mata demi mengelak sebarang risiko pada masa depan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Merak 1/2, Bandar Putra di sini semalam.

Masrina berkata, akibat masalah itu, prestasi pendidikan anak-anaknya terjejas kerana mereka juga rabun jauh dan tidak dapat menumpu perhatian ketika guru mengajar menggunakan papan hitam.

“Saya sudah maklumkan kepada guru supaya membenarkan anak-anak saya duduk di depan bagi memudahkan mereka belajar,” ujarnya.

Masrina berkata, dia khuatir penyakit yang dialami kedua-dua anaknya akan lebih serius jika tidak segera diubati.

Katanya, doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor yang menjalankan pemeriksaan memaklumkan tarikh pembedahan buat anak­nya dijadual pada 8 Jun ini.

“Anggaran kos pembedahan adalah RM3,000 setiap seorang iaitu keseluruhannya bernilai RM6,000 bagi kedua-duanya.

“Namun saya buntu memikirkan kos itu kerana kerana buat masa ini sumber pendapatan hanya daripada hasil menjual air mangga iaitu antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.

“Pada masa sama, saya juga perlu membayar sewa rumah RM600, menanggung wang persekolahan anak dan kos pembelian barangan dapur. Pendapatan saya hanya cukup makan,” ujarnya.

Wanita itu menanggung tiga anak dengan kudrat sendiri selepas berpisah dengan suaminya sejak setahun lalu.

Anak bongsunya, Emyrazara, 5, yang sedang bersekolah tadika juga disahkan mengalami masalah rabun mata, namun tidak serius seperti dua anaknya yang lain.

Orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan kepada keluarga Masrina menerusi akaun CIMB 7603897393.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI