fbpx

Tasha Shilla tidak mahu watak penggoda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tasha memutuskan untuk tidak melakonkan watak penggoda seiring dengan status sebagai isteri.

KUALA LUMPUR – Pelakon yang pernah dilabelkan liar dan sering mencetuskan kontroversi, Tasha Shilla bertegas tidak lagi mahu melakonkan watak wanita penggoda dalam mana-mana karya.

Tasha Shilla, 33, berkata, keputusan itu dibuat seiring kematangan usia selain dia kini sudah menyandang status sebagai isteri.

“Sebagai isteri, saya ajar diri untuk pilih watak yang sesuai dengan status. Sebelum terima apa-apa tawaran, selalunya saya akan baca sinopsis dan jika sesuai, saya terima. 

“Kalau untuk watak antagonis seperti penggoda, sama macam yang saya selalu bawa dalam kebanyakan drama sebelum ini, rasanya sudah tidak sesuai dengan status saya sebagai isteri,” kata pemilik nama penuh Nastashashila Abdul Razak itu kepada kepada Kos­mo! di sini semalam.

Pelakon Bunga April itu ba­gaimanapun berkata, sejak berkahwin dengan  Muhammad Atiq Idris, 33, pada Februari lalu, suaminya tidak pernah menyekat kariernya sebagai pelakon, namun sebagai isteri, dia mengambil langkah sewajarnya demi nama baik keluar­ga.

“Sebelum kahwin lagi saya sudah berubah dan selepas kahwin, saya makin sedar tanggungjawab sebagai seorang isteri yang perlu menjaga nama baik sendiri dan suami. Malah suami juga ada memberi nasihat tentang pemilihan pakaian. 

“Perubahan yang berla­ku ini pun seiring dengan ­ke­­ma­tangan usia. Dahulu waktu muda, saya gemar meneroka apa sahaja. Sekarang sudah matang, jadi perlu pandai bawa diri,” ujarnya,

Dalam pada itu, Tasha turut menepis dakwaan bahawa kariernya menjunam selepas berumah tangga sebulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya  dan suaminya menggunakan sebaik-baiknya tempoh tersebut untuk lebih me­ngenali hati budi masing-masing,” ujarnya.

Sewaktu menempa populariti sekitar 2010 hingga 2017, Tasha menonjol dengan drama-drama hebat seperti Gemilang, Rindu Bertamu Dhabi dan Aria­na Rose.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI