fbpx

PUBGM buka tirai pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arov Detonatorz perlu memberikan fokus terbaik dalam misi memburu kejuaraan.

DEBARAN Kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 semakin dirasai selepas tiga aksi pusingan akhir bermula hari ini hingga Ahad nanti dengan sa­ingan dimulakan bagi kategori Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM).

Berbekalkan hadiah terkumpul keseluruhan sebanyak RM40,000, sudah tentu cabaran yang bakal diberikan oleh semua 16 pasukan yang bertanding bagi permainan video PUBGM yang dilangsungkan sepenuhnya secara online dijangka sengit.

Bagi salah satu pasukan yang bertanding di pusingan akhir kali ini, East Bravo Reborn (BRV) berharap dapat meneruskan momentum cemerlang selepas berjaya mendominasi saingan pada peringkat separuh akhir kelayakan kedua minggu lalu.

SHAHRIL IMMAN

Pengurus pasukan BRV, Shahril Imman Zazali berkata, ke­semua pemain telah memberikan komitmen penuh dalam usaha membawa pasukan me­langkah ke pusingan akhir tetapi cabaran sebenar baru sahaja bermula.

“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi BRV sepanjang pusingan kalah mati meskipun secara jujur, pada saingan ketika itu, pasukan kami masih belum mempamerkan prestasi sebenar selain lawan turut dikalahkan dengan mudah.

“Seperti pasukan lain, kami tidak boleh terlalu mendabik dada dengan prestasi semasa kerana masih ada pusingan akhir yang cukup penting untuk kami harungi esok (hari ini).

“Apa yang pasti, pasukan saya lebih selesa dengan gelaran underdog tetapi momentum positif yang kami lalui minggu lepas diharapkan dapat memberi impak dalam usaha bergelar juara Kejohanan MES edisi kali ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, kapten pasukan Arov Detonatorz, Muhammad Syafiq Bohari percaya peluang untuk pasukannya muncul juara pada Kejohanan MES 2021 sangat cerah jika pemain memberikan fokus penuh dalam pasukan.

“Saya sangat gembira dengan keputusan yang diraih pada sai­ngan peringkat kela­yakan pertama yang melayakkan pasukan ke pusingan akhir kali ini.

“Namun, saya percaya sa­ingan yang bakal diberikan oleh 15 pasukan lain nanti cukup sengit tetapi jika semua pemain memberi fokus penuh, impian untuk muncul juara tidak mustahil,” kata Syafiq.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi kejohanan MES, Muhd. Aimanulhaq Zaharudin berharap minggu terakhir kejohanan ini dapat dilangsungkan dengan cukup meriah selain menyasarkan jumlah 150 ribu tontonan menerusi penstriman secara langsung.

“Kami telah merancang pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari ini dengan menjemput beberapa influencer e-Sukan seperti Mohamad Zul Hisham (Xorn) dan Firdaus Hashim (MasterRamen) untuk hadir ke studio kami.

“Malah, atlet profesional se­perti Safee Sali turut akan hadir memeriahkan penstriman langsung nanti. Justeru, saya harap sasaran 150 ribu tontonan ke­seluruhan dapat dicapai kerana kami memiliki banyak hadiah menarik untuk diberikan kepada penonton bertuah,” katanya.

Saingan MES kali akan mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM100,000 dengan RM20,000 bagi FIFA, RM40,000 bagi Mobile Legends dan RM40,000 juga bagi permainan PUBGM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI