fbpx

Johnson idam gelaran kedua di Augusta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHNSON mengakui sukar untuk meraih kemenangan di Kejuaraan Masters, namun memasang impian untuk mempertahankan gelaran dimenangi musim lalu. – AFP

GEORGIA – Pemain nombor satu dunia dari Amerika Syarikat, Dustin Johnson memasang impian untuk menjulang gela­ran Kejuaraan Masters buat kali kedua berturut-turut menjelang saingan di Kelab Golf Nasional Augusta yang membuka tirai secara rasmi semalam.

Johnson sebelum ini me­lakukan kejutan apabila meraih gelaran Masters buat pertama kalinya pada tahun lalu dan kini bertekad untuk mengulangi pencapaian terbaiknya sekali lagi pada tahun ini.

Jelas Johnson, dia mahu mengikut jejak langkah tiga pemain golf handalan yang berjaya meraih gelaran Masters dua kali berturut-turut iaitu Tiger Woods yang melakukannya hampir dua dekad yang lalu iaitu pada musim 2001 dan 2002.

Selain itu, Jack Nicklaus me­rakam pencapaian itu pada edisi 1965 dan 1966, manakala Nick Faldo melakukannnya pada 1989 dan 1990.

Johnson mengakui tugas untuk meraih dua gelaran Masters berturut-turut bukan mudah kerana perlu bersaing dengan pemain-pemain terbaik dunia dalam kejohanan tersebut.

“Saya akui Masters merupakan kejohanan yang sukar untuk dimenangi. Anda harus tampil cemerlang dalam empat pusingan perlawanan. Perkara yang paling penting pukulan anda perlu konsisten dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan.

“Augusta merupakan lapa­ngan golf yang sukar dan terdapat lubang yang mampu menjerat permainan jika tidak dapat membacanya dengan baik.

“Sudah pasti ia bukan tugas yang mudah untuk menjuarai­nya, lebih-lebih lagi ketika anda mahu merangkul kemenangan berganda pada Kejuaraan Masters,” kata Johnson.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI