fbpx

Janganlah bagi mudah sangat lolos sempadan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Pada Mei tahun lalu, National Task Force (NTF) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen dan Jabatan Sukarelawan Malaysia telah mengaktifkan Ops Benteng dalam usaha untuk mengetatkan kawalan sempadan negara daripada dicerobohi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Antara tujuan pengaktifan operasi tersebut ketika itu adalah untuk menghalang kemasukan PATI bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 ke negara ini, selain mengesan dan menghalang pelbagai kegiatan penyeludupan.

Secara keseluruhannya, Ops Benteng yang dilaksanakan secara ketat meliputi sempadan darat dan laut itu telah menghasilkan kejayaan yang besar. Pihak berkuasa berjaya menahan beratus-ratus tekong darat, ejen transporter serta mereka yang terlibat menguruskan PATI, selain menghalang kegiatan penyeludupan seperti dadah, rokok, arak dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun, di sebalik kawalan ketat dan tindakan tegas Ops Benteng itu, ia kelihatannya seperti masih ‘kurang menakutkan’ sindiket-sindiket berkaitan PATI serta yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan.

Buktinya, banyak usaha untuk meloloskan PATI dan menyeludup bahan terlarang masih berlaku sehingga ke hari ini.

Ada yang dapat dihidu pihak berkuasa dan mungkin banyak juga yang terlepas.

Nampaknya, sindiket-sindiket ini juga licik dalam menjalankan kegiatan haram mereka dengan sentiasa mengintai ruang dan saat kelekaan pihak berkuasa untuk meloloskan diri membawa ‘barang dagangan haram’ mereka.

Selain itu, usaha untuk menghalang penjenayah-penjenayah buruan polis daripada melarikan diri keluar dari negara ini juga perlulah juga dilaksanakan secara tegas.

Usaha pihak berkuasa yang masih gagal memburu pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee misalnya, pasti akan memberi gambaran kurang elok terhadap kredibiliti pihak berkuasa.

Pelbagai persoalan dan tuduhan melulu terhadap pihak berkuasa pasti timbul, lebih-lebih lagi jika orang dalam buruan polis seperti Datuk Seri Nicky sudah berjaya lolos keluar negara.

Yang lebih ‘menghairankan’, usaha untuk mengesan usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat pun masih gagal untuk dilaksanakan.

Malah difahamkan, Nur Sajat yang bukan seorang penjenayah itu pun telah lolos dan bersembunyi di luar negara sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu.

Sebagai rakyat, pasti ramai yang mahu kredibiliti pasukan pihak berkuasa sama ada PDRM, ATM, Maritim Malaysia dan sebagainya sentiasa dipandang tinggi.

Mana-mana pihak yang didapati bersekongkol dengan ‘sindiket yang menjahanamkan negara’ perlu dihukum sekeras-kerasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI