fbpx

UEM ambil maklum penyerahan memorandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – UEM Edgenta Berhad ambil maklum berhubung penyerahan memorandum oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-Hospital Kerajaan di Putrajaya pagi tadi.

UEM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya kekal profesional dalam urusan melibatkan ahli-ahli kesatuan itu dan memberi jaminan keadaan itu akan dikekalkan supaya tiada gangguan perkhidmatan di semua hospital di bawah jagaan syarikat tersebut.

“Sehubungan dengan itu, pihak kami komited untuk memberi kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengatasi masalah yang berbangkit.

“Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, syarikat sentiasa akan mematuhi amalan undang-undang pekerja Malaysia di seluruh operasinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, berhubung isu utama yang dibangkitkan oleh kesatuan itu semasa penyerahan memorandum pagi tadi, had umur minimum persaraan ialah 60 tahun, oleh itu sebarang penyambungan kontrak pekerjaan adalah berdasarkan prestasi individu.

“Ia juga bergantung kepada rekod pekerjaan dan kesesuaian untuk menjalankan tugas kerana hospital merupakan kawasan berisiko tinggi.

“Susulan perkembangan berkaitan isu ini, sebarang kemaskini akan dinyatakan melalui laman web kami di www.uemedgenta.com,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI