fbpx

Inspektor polis cedera dirempuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor cedera di bahagian kepala dan pinggang selepas dirempuh sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ yang cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan di Plaza Tol Templer arah barat, di sini hari ini.

Mangsa yang bertugas sebagai Komander Lebuh Raya Kuala Lumpur- Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) bersama pasukan sedang menjalankan operasi trafik di lokasi terbabit sekitar pukul 11.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sekitar pukul 12.20 tengah hari semasa mangsa hendak membuat pemeriksaan terhadap penunggang motosikal berkenaan, secara tiba-tiba suspek cuba melarikan diri lalu merempuhnya.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mendapat kecederaan di bahagian kepala dan pinggang.

“Dalam masa yang sama, suspek bertindak memecut motosikalnya sejauh kira-kira tiga kilometer, bagaimanapun suspek berjaya diberkas anggota bertugas,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa yang berusia 35 tahun dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan dia kini dilaporkan stabil di Zon kuning.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek yang berusia 37 tahun dan beralamat di Flat Sri Kota Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, cukai jalan motosikal tersebut juga sudah tamat tempoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI