fbpx

Risda peruntuk RM2j bina depo pengumpulan hasil getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Salim (dua, dari kiri) menimbang getah sekerap di depo pengumpulan getah dalam Program Pekebun Kecil Makmur dan Pelancaran Gerakan Semburan Penyakit Pestalotiopsis di Kampung Lonek, Jempol, hari ini.

JEMPOL – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan sebanyak RM2.54 juta bagi membina depo pengumpulan hasil getah di seluruh negara.

Pengerusi Risda, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif berkata, menjelang akhir tahun ini, kesemua depo berkenaan akan siap dibina membabitkan 33 depo sekerap dan 27 depo susu getah.

“Pada tahun lalu, Risda membelanjakan sebanyak RM1.39 juta bagi membina 49 depo membabitkan 14 sekerap dan 35 susu getah termasuk menambah baik depo sedia ada.

“Pembinaan depo ini dilaksanakan di seluruh negara melibatkan sebanyak 60 unit dengan nilai bantuan sebanyak RM2.54 juta dengan sasaran pekebun kecil seramai 11,446 orang,” katanya selepas merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur dan Pelancaran Gerakan Semburan Penyakit Pestalotiopsis di Kampung Lonek, dekat sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI