fbpx

Premis haiwan peliharaan kendali judi haram diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memantau kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis perjudian nombor ekor haram yang berselindung di sebalik kedai haiwan peliharaan di Taman Samudera, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Tembelang seorang pemilik premis perjudian nombor ekor haram yang berselindung di sebalik operasi sebuah kedai haiwan peliharaan terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota polis di Taman Samudera di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari itu, anggota polis terlibat dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bertindak memotong bekalan elektrik di premis berkenaan secara serta-merta.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati premis yang berselindung di sebalik perniagaan haiwan peliharaan itu telah menjalankan kegiatan perjudian nombor ekor haram sejak tujuh bulan lalu.

“Pemilik premis itu telah diberi amaran agar menghentikan kegiatan perjudian haram itu sebanyak tiga kali tetapi dia tetap berdegil.

“Tambah mengecewakan saya, terdapat kes seorang kanak-kanak berusia 10 tahun membeli nombor ekor haram untuk bapanya di premis tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi tersebut di sini hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI