fbpx

AADK Kelantan teruskan program urin pelajar di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohayu (kanan) menanam pokok semasa pelancaran SMK Sungai Petai sebagai Sekolah Angkat AADK sambil diperhatikan Wan Hassan (kiri) di SMK Sungai Petai, Pasir Puteh hari ini.-Foto TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan kembali melaksanakan ujian saringan air kencing di semua sekolah menengah di Kelantan bermula pertengahan bulan ini.

Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, ujian saringan itu hanya melibatkan pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, kaedah itu dilakukan kerana data penglibatan pelajar yang terlibat dengan dadah sepanjang tahun lalu tidak dapat dikumpul ekoran tempoh persekolahan yang singkat ketika penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“AADK tidak berpeluang menjalankan pemantauan ke sekolah pada tahun lalu kerana pelaksanaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR) pada tahun lalu.

“AADK telah berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk memudahkan program untuk mengesan pelajar yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah,” katanya selepas hadir ke Majlis Perasmian Dan Pelancaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai Sebagai Sekolah Angkat AADK di SMK Sungai Petai di sini hari ini.

Menurut Rohayu, pihak sekolah perlu telus dan tidak menyembunyikan data sebenar kerana ia akan merugikan pelajar yang terlibat dengan dadah.

“Kita sudah mengenal pasti 15 kawasan mempunyai kes dadah yang tinggi melibatkan di Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Bachok dan Machang.

“AADK akan memberi tumpuan khusus terutamanya untuk menjejaki penagih dadah untuk dipulihkan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI