fbpx

Perkeso NS bantu dua keluarga mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Redhuan (kanan) menyampaikan bantuan Perkeso kepada Radziyah (dua, kanan) sempena Program Penyerahan Bantuan Perkeso di Taman Pedas Perdana, di sini, pagi tadi.

REMBAU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Sembilan hari ini menyerahkan bantuan kepada waris keluarga Muhamad Shafiq Zainurin, 26, dan Yunus Mohamad Latib, 26 yang meninggal dunia dalam dua kejadian kemalangan berasingan di daerah ini, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Redhuan Muda berkata, semakan ke atas Muhamad Shafiq yang terbabit dalam kemalangan 4 April lalu mendapati terdapat 37 caruman oleh mangsa dari 2014 dari beberapa majikan.

Menurutnya, atas dasar itu, Allahyarham Shafiq layak menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 dan juga Pencen Penakat yang diserahkan kepada ibunya, Radziyah Abd Majid, 62, sebanyak RM211.66 sebulan.

“Manakala, bagi Allahyarham Yunus yang terbabit dalam kemalangan 2 April pula, selain faedah pengurusan mayat, kedua-dua ibu bapanya iaitu Mohamad Latib Ahmad, 67, dan juga Maiselamah Hashim, 60, menerima bayaran Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM659.99.

“Bantuan kepada ibu bapa dua individu yang telah meninggal dunia itu adalah bagi seumur hidup dan kita harap agar bantuan ini akan dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa yang telah kehilangan anak,” katanya ketika ditemui di Program Penyerahan Bantuan Perkeso di Taman Pedas Perdana, di sini, pagi tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI