fbpx

38 buah rumah terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 38 buah rumah terjejas banjir kilat dalam kejadian di Kampung Air Kuning, di sini, malam semalam.

TAMPIN – Sebanyak 38 buah rumah terjejas banjir kilat dalam kejadian di Kampung Air Kuning, di sini, tengah malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan air sungai melimpah dan pihaknya menerima makluman mengenai banjir kilat berkenaan pada pukul 12.30 tengah malam.

Menurutnya, selain rumah penduduk, Tadika Perpaduan dan juga Surau Taman Semarak di perkampungan berkenaan juga terjejas akibat banjir.

“Malam tadi, pegawai dari Pejabat Daerah Kecil Gemas (PDKG) telah berada di lokasi dan pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Balairaya Kampung Parit Buluh Air Kuning.

“PPS telah ditutup pada pukul 8.30 pagi tadi dan kini kerja-kerja pembersihan sedang giat dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI