fbpx

Solat tarawih tidak lebih satu jam di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan solat tarawih, aktiviti yang mengimarahkan masjid dan surau di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, solat tarawih dibenarkan mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musolla dengan penjarakan fizikal satu meter.

Katanya, solat sunat itu boleh dilaksanakan sama ada lapan atau 20 rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih satu jam tidak termasuk solat isyak.

“Tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat tarawih. Bagi tazkirah subuh, asar dan lain-lain dibenarkan dengan penjarakan fizikal satu meter.

“Jamuan berbuka puasa dan bersahur tidak dibenarkan. Bagaimanapun, masjid, surau dan musolla digalakkan untuk menyediakan menu berbuka dan bersahur secara bungkus untuk diagihkan kepada jemaah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggung Kelantan, perkara itu sudah sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Katanya, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan ke atas telah dibenarkan mengikuti program yang diadakan di masjid, surau dan musolla bermula bulan Ramadan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI