fbpx

KenTEAM ambil alih Melaka United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJLIS pengenalan jersi ketiga pasukan Melaka United FC turut berlangsung bersama majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Melaka United dengan KenTEAM semalam.

Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) menerima tonik terbaik untuk mengharungi saingan Liga Super musim ini selepas pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn Bhd (KenTeam) sah kini menjadi pemilik baharu skuad Hang Tuah.

Meskipun tidak mendedahkan jumlah nilai pelabaruan yang dibuat oleh KenTeam, namun syarikat berkenaan memegang 70 peratus saham MUFC manakala baki 30 peratus masih dipegang Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA). 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUFC, Datuk Mohd. Saiful Md. Sapri mengakui pengambil alihan tersebut tidak melibatkan pertukaran struktur pengurusan pasukan dan mengekalkan barisan kejurulatihan yang sama.

“Walaupun 70 peratus saham kelab kini dimiliki oleh KenTeam, namun struktur pengurusan tetap sama. Kita telah melakukan perbincangan dengan CEO KenTeam, Datuk Seri Justin Lim dan mereka bersetuju untuk mengekalkan barisan pengurusan.

“Misi utama pemilik baharu dan MUSA adalah untuk menstabilkan dan menaikkan imej pasukan bola sepak Melaka pada tahap yang lebih baik kerana tahun lalu kita lihat prestasi sedikit hambar,” katanya ketika ditemui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MUFC dan KenTeam di ibu negara semalam.

Dalam pada itu, Saiful turut menegaskan dengan kehadiran pemilik baharu tersebut pemain tidak akan berdepan masalah tunggakan gaji kerana kewangan pasukan mencukupi untuk melunaskan gaji pemain sehingga akhir tahun ini.

“Buat masa tahun ini gaji pemain diselesaikan dan tiada tunggakan gaji. Jadi tiada alasan pegawai ataupun pemain tidak boleh beraksi jika tiada gaji.

“Pemain ketika ini tidak perlu risau kerana kita juga sudah melakukan perbincangan dengan penaja baharu kerana struktur kewangan pasukan cukup sehingga tahun ini.

“Malah hutang sebelum ini juga tidak banyak cuma ada baki yang agak minimum. Kita yakin akan dapat selesaikan secepat mungkin oleh MUSA dan tidak akan berlaku penolakan mata selepas ini” tambahnya.

Pada bulan lalu, MUFC dikenakan pemotongan tiga mata serta mata oleh First Instance Body (FIB) susulan kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI