BANGKOK – Seorang sami yang sedang bertapa terperangkap dalam sebuah gua di Thailand selepas pintu masuknya ditenggalami air banjir, lapor akhbar Bangkok Post, semalam.
Sami berusia 40 tahun yang tidak didedahkan namanya itu masuk ke dalam Gua Phra Sai Ngam di daerah Noen Maprang hujung minggu lalu dan sudah beberapa hari terperangkap di dalamnya.
Sebuah yayasan penyelamat tempatan, Prasat Bun Sathan, memuat naik gambar yang menunjukkan situasi terkini di hadapan gua di Facebook dan memberitahu bahawa sami itu terperangkap di dalamnya sejak banjir berlaku pada Ahad lalu.
Kemas kini itu turut memberitahu bahawa usaha menyelamat sedang giat dilaksanakan dan segala maklumat terkini akan diberikan dari masa ke semasa.
Ketua Komando Perang Khas Tentera Laut pasukan Laut, Udara, dan Darat (SEAL) Laksamana Muda Supphachai Thanasarasakhon memaklumkan satu pasukan khas akan dihantar segera ke kawasan gua jika pihaknya menerima isyarat bantuan cemas. – Agensi