fbpx

Kebangkitan magis Helang Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIPRE (kiri) berjaya meledak gol kemenangan KDA FC ketika mereka mengecewakan Selangor FC 2-1 di Petaling Jaya kelmarin.

KEDAH Darul Aman (KDA) mencatat kemenangan dramatik ketika membenam Selangor 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam kelmarin.

Skuad Helang Merah ketinggalan 0-1 pada minit ke-33 hasil jaringan Oliver Buff, namun bangkit melakar kemenangan menerusi Kpah Sherman dan Tchetche Kipre ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui kagum dengan aksi yang ditampilkan anak-anak buahnya untuk bangkit mengutip tiga mata penuh di tempat lawan.

“Prestasi kami pada separuh masa pertama kurang bagus, lebih-lebih dengan keadaan padang yang tidak memuaskan. Selangor bermain lebih baik dan mendahului perlawanan 1-0.

“Kemudian, kami ada berbincang serta melakukan beberapa perubahan ketika waktu rehat dan Alhamdulillah pemain-pemain menjalankan tugas dengan cukup baik,” kata jurulatih dari Singapura itu.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan tindakannya mengeluarkan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar dan Rabih Ataya pada minit ke-62 adalah disebabkan tujuan taktikal semata-mata.

Keputusan yang dibuat Aidil nyata membuahkan hasil apabila Kedah bangkit menjaringkan menerusi sepakan penalti Sherman, sebelum Kipre meledak gol kemenangan Kedah.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel nyata kecewa dengan keputusan tersebut, lebih-lebih lagi menyaksikan pemain-pemainnya mensia-siakan banyak peluang terhidang.

“Inilah bola sepak, kami sepatutnya memanfaatkan setiap pe­luang terhidang. Saya kecewa, namun positif dengan corak permainan kali ini,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI