JAKARTA – Harga daging ayam di Kabupaten Bandung Barat (KBB), Indonesia dijangka mengalami peningkatan menjelang bulan Ramadan pada minggu hadapan.
Menurut laporan Suara.com, harga biasa daging ayam adalah bawah 28,000 rupiah (RM7.97) sekilogram namun, dijangka meningkat kepada 31,000 rupiah (RM8.82) sekilogram.
Salah seorang peniaga ayam di Pasar Panorama Lembang, Alma Khanza Sylbia, 19, berkata, kenaikan harga daging ayam adalah perkara biasa setiap kali tiba bulan puasa.
“Kebiasaannya, orang membeli ayam dengan kuantiti banyak untuk menyediakan hidangan berbuka dan bersahur jadi apabila permintaan meningkat, harga turut naik.
“Pembeli saya juga banyak yang mengeluh apabila harga naik tetapi kenaikan ini perlu supaya kami tidak mengalami kerugian,” jelasnya.
Menurut Alma, pada hari-hari biasa, dia mampu menjual antara 1.6 tan sehingga 2.5 juta tan daging ayam dengan keuntungan 30 hingga 50 juta rupiah (RM8,358 hingga RM14,230) sehari.
Setakat ini, harga daging ayam masih di paras normal dan mungkin akan mula mahal apabila memasuki minggu pertama berpuasa. – Agensi