fbpx

Perompak ikat 10 pekerja, bawa lari wang tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PONTIAN – Sepuluh pekerja sebuah kedai serbaneka berdepan detik cemas apabila didatangi dua perompak bersenjatakan parang sebelum melarikan sejumlah wang tunai dalam kejadian di Pusat Perdagangan Pontian di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.20 malam ketika pekerja premis itu sedang melakukan proses penutupan kedai termasuk mengira wang jualan.

Menurutnya, suspek disyaki menaiki motosikal memasuki kedai berkenaan dengan memakai topi keledar sambil membawa senjata dipercayai parang panjang.

“Kedua-dua suspek masuk kedai dan mengacukan parang ke arah pekerja, mereka mengarahkan pekerja supaya tidak melawan dan mereka diikat dengan menggunakan kabel tie.

“Suspek mengarahkan salah seorang pekerja memasukkan wang tunai yang dikira di kaunter jualan ke dalam sebuah beg.

“Manakala seorang suspek lagi membawa seorang pekerja yang lain ke dalam stor yang menempatkan peti besi sebelum mengarahkan mangsa memasukkan wang ke dalam beg galas,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustafa berkata, sejurus suspek berjaya merompak wang, mereka bergegas melarikan diri meninggal lokasi kejadian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI