fbpx

Remaja maut terperosok bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa bersama motosikalnya terperosok di bawah lori dalam kemalangan di Kampung Panjang Banggu, Binjai, Kota Bharu hari ini - Foto : Ihsan PDRM

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh bahagian sisi sebuah lori yang sedang membelok di Kampung Panjang Banggu, Binjai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Faiz Azwan Hassan, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan selepas terperosok di bawah lori terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dari arah Bachok ke Binjai.

Katanya, mangsa yang dipercayai tidak memakai topi keledar dan tiada lesen memandu cuba memotong sebuah lori dari arah sama.

“Bagaimanapun, lori yang dipandu lelaki berusia 28 tahun itu telah membelok ke kanan jalan tanpa menyedari mangsa sedang cuba memotong kenderaannya.

“Mangsa yang tidak sempat mengelak telah merempuh bahagian tengah lori itu sebelum dia terjatuh dan terperosok di bawah kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, mangsa yang disahkan meninggalkan dunia di tempat kejadian telah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk dibedah siasat. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI