SANDAKAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan reman enam hari dua lelaki berkaitan tuntutan palsu membabitkan penyelenggaraan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatangan bernilai lebih kurang RM336,000 pada tahun 2019.
Kedua-dua individu berusia 46 tahun berkenaan terdiri dari seorang pengurus syarikat dan seorang penjawat awam.
Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali membenarkan perintah reman bermula hari ini sehingga 12 April depan ke atas semua suspek terbabit.
Menurut sumber, mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Sandakan petang semalam untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy semasa dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan. – K! ONLINE.