fbpx

Kapal LPG Liberia ‘besar kepala’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki LPG yang berdaftar di Liberia ditahan selepas bersauh tanpa kebenaran di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor malam semalam. - Foto : IHSAN APMM

KOTA TINGGI – Sebuah kapal tangki pengangkut gas petroleum cair (LPG) berdaftar di Liberia berjaya ditahan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor malam semalam kerana bersauh tanpa kebenaran.

Pengarah APMM Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tersebut ditahan pada pukul 9.15 malam di kedudukan 14.9 batu nautika timur laut Tanjung Balau di sini.

Katanya, kapal berkenaan ditahan oleh sebuah kapal ronda APMM dalam operasi membanteras aktiviti bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur.

“Kapal LPG itu dikendalikan oleh 21 kru berusia antara 20 hingga 65 tahun yang kesemuanya warga asing iaitu sembilan warga Filipina, Ukraine (4), Rusia (3), Croatia (2) serta masing-masing seorang warga German, Latvia dan Republik Georgia.

“Dua kru kapal telah dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa pemakluman atau kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Laut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI