PUTRAJAYA – Sebanyak 1,139 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 354,468 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Sarawak mencatatkan angka tertinggi dengan 332 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 294 kes dan Johor sebanyak 102 kes.
“Seterusnya, Pulau Pinang (93 kes), Kuala Lumpur (84 kes), Sabah (60 kes), Kelantan (38 kes), Kedah (35 kes), Negeri Sembilan (30 kes), Perak (24 kes), Pahang (23 kes), Melaka (13 kes) dan Terengganu (10 kes).
“Dalam masa sama, Labuan mencatatkan satu kes baharu,” menurut ciapan Twitter beliaudi sini hari ini.
Ujarnya, Putrajaya dan Perlis pula tidak merekodkan kes baharu Covid-19. -K! ONLINE