fbpx

Hab sarung tangan getah dan produk PPE di Gebeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (tengah) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Mohd Faizal Jaafar (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif WGC, Datuk Gianluca Ernesti (tiga kanan) saling menukar dokumen perjanjian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah antara kedua pihak di Dewan Jubli di Kuantan semalam.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Pembinaan hab pembangunan sarung tangan getah dan produk peralatan perlindungan diri (PPE) di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini akan membawa limpahan ekonomi kepada kawasan sekitar seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Mohd Faizal Jaafar berkata, pelaburan terbaharu di Kawasan Perindustrian Gebeng itu akan dimulakan Jun ini sebelum dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini.

“Pembangunan ini dilaksanakan oleh World Glove International Group City & Hub Development Sdn. Bhd. (WGC) yang dijadualkan bermula Jun ini.

“Pembangunan itu membabitkan pelaburan berjumlah RM100 juta di atas kawasan seluas 128 hektar di Gebeng,”katanya pada majlis menandatangani perjanjian pajakan Tanah antara PKNP dan WGC di Dewan Jubli, di sini, semalam.

Perjanjian itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Mohd Faizal Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif WGC, Datuk Gianluca Ernesti yang disaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Nazri Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

Dalam pada itu, Mohd Faizal berkata, PKNP berperanan sebagai agensi utama untuk memudah cara pelabur termasuklah membina kilang di kawasan perindustrian negeri ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI