fbpx

‘Makcik petir’ sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Noryati Taib, 63, yang terkenal dengan gelaran 'Makcik Petir', meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi.

PETALING JAYA – Pelakon Noryati Taib, 63, yang terkenal dengan gelaran ‘Makcik Petir’, meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi.

Berita duka tersebut dikongsi oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim menerusi satu hantaran Facebook tengah malam tadi.

“Dukacita dimaklumkan Mama saya meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi sebentar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya dalam entri berkenaan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, Johor pagi ini.

Anak saudara Allahyarham, iaitu penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin turut berkongsi khabar berita tentang pemergian pelakon itu melalui hantaran Instagramnya.

Kosmo! Online pada 3 Februari lalu melaporkan Allahyarham disahkan positif Covid-19 seperti yang dimaklumkan oleh Shahrulezad menerusi satu perkongsian dalam Instagram.

Bagaimanapun, selepas hampir dua minggu dirawat, Allahyarham disahkan pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.

Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI