fbpx

Tapir jantan mati dilanggar kenderaan berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Bangkai seekor tapir jantan seberat 250 kilogram (kg) ditemui di Jalan Sedili – Tenggaroh dipercayai akibat dilanggar semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, pihaknya menerima aduan awam mengenai penemuan bangkai itu pada pukul 10.40 pagi.

“Siasatan lanjut di lapangan mengesahkan seekor tapir jantan dewasa yang dianggarkan seberat 250 kg telah mati dipercayai akibat dilanggar oleh kenderaan berat.

“Ini kerana tiada sebarang serpihan kenderaan yang melanggar tapir tersebut dijumpai di lokasi kejadian.

“Kejadian disyaki berlaku pada sebelah malam atau awal pagi hari berkenaan. Ukuran morfologi bangkai tapir tersebut telah diambil sebelum ianya dilupuskan secara ditanam di lokasi berhampiran,”katanya dalam satu kenyataan.

Salman berkata, kejadian itu merupakan kejadian kedua melibatkan haiwan itu yang mati dilanggar dalam tempoh kurang dua minggu di negeri Johor pada tahun ini.

Katanya, kejadian pertama berlaku pada 27 Mac lalu melibatkan seekor tapir jantan yang dianggarkan seberat 300 kilogram di Jalan Mersing-Jemaluang berdekatan dengan Institut Latihan Perindustrian Mersing.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI