fbpx

Kedah bangkit kalahkan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor, Safuwan Baharudin (kanan), mengasak pemain Kedah pada Perlawanan Liga Super Selangor menetang Kedah, di Stadium MBPJ, di sini hari ini. - FOTO: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Kedah Darul Aman (KDA) FC mempamerkan kebangkitan dramatik dengan dua gol pantas dalam tempoh enam minit untuk menewaskan Selangor 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan keempat berturut-turut buat skuad Helang Merah itu yang masih belum kalah dalam enam perlawanan sejak tewas 0-2 kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sewaktu aksi pembuka tirai pada 5 Mac lalu.

Kejayaan itu sememangnya amat berharga buat Kedah untuk mengukuhkan kedudukan tempat kedua dan kini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu liga, JDT yang menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Dalam aksi di MBPJ tadi, Kedah terlebih dahulu ketinggalan satu gol kepada Selangor hasil jaringan daripada Oliver Buff menerusi gerakan cantik satu dua antara pemain tengah itu dengan Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-33.

Bagaimanapun, Gergasi Merah harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan deretan peluang untuk terus menghukum skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu dalam perlawanan tersebut.

Sebaliknya, percaturan berani Aidil mengeluarkan dua tonggak bahagian tengah, Baddrol Bakhtiar dan Rabih Ataya membuahkan hasil apabila skuad Helang Merah berjaya bangkit meledak dua gol dalam tempoh enam minit.

Gol pertama naib juara Liga Super musim lalu itu diperoleh menerusi sepakan penalti Kpah Sherman pada minit ke-79 selepas penyerang import Liberia tersebut dijatuhkan pemain pertahanan Selangor, Tim Heubach dua minit sebelum itu.

Kedah memastikan kemenangan milik mereka apabila Tchetche Kipre menyudahkan hantaran leret Azamuddin Akil untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid bagi meledak gol kedua pasukan pada minit ke-85. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI